2025-08-27 | Soalannya adalah ― apa ciri-ciri baru kad pengenalan ini bagi generasi baharu ini yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan dan apakah kelebihan-kelebihan MyKad yang― berbanding dengan MyKad yang sedia ada sekarang? Tentulah ada ciri-ciri baharu yang akan ada ini. Apakah ciri-ciri baharu itu yang boleh digunakan untuk mengelakkan daripada pemalsuan ini?
2025-08-27 | Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk menggunakan DNA pula sebagai satu identifikasi kepada pengenalan seseorang individu?
2025-08-27 | Keempatnya dari segi ― mengikut Akta 78, memasukkan seksyen baru melibatkan kesalahan yang boleh dikompaun. Dan antaranya adalah apabila pemilik kad pengenalan ini tidak update, tidak mengemas kini alamat itu. Jadi, ini sebenarnya perkara yang biasa berlaku di kalangan rakyat Malaysia ini kerana, pada mereka, untuk update maklumat itu bukan sesuatu yang penting. Jadi, bagaimana ya, bagaimana kita nak mempastikan bahawa proses update ini berlaku dengan baik dan rakyat yang dikompaun itu tak terlalu ramai?
2025-08-27 | Tapi soalnya bagaimana ia nya boleh ada satu jaminan di sana tidak adanya kebocoran maklumat ini kerana bila ada kebocoran maklumat ini, dia dah berbeza dengan apa yang sebelum ini.
2025-08-25 | Boleh ke dalam Jawatankuasa Pilihan Khas pembentangan itu digulung oleh daripada kementerian? Makna, kita bagi kementerian untuk menggulung apa yang kita telah bahaskan di Parlimen semasa pembentangan Jawatankuasa Pilihan Khas itu.
2025-08-21 | Dana Kesihatan Nasional ini merupakan satu agenda yang sangat baik yang digagaskan dan di sana ada cabaran yang besar sebab dana ini kita kumpul dalam satu fund yang sama ya. Jadi, ini bukan satu yang mudah ya.
Jadi soalan saya tu bila jangkaannya yang akan dilaksanakan sepenuhnya dan setakat ini tahap itu di mana Menteri? Dia punya progress dia itu?
2025-08-18 | Dalam kes kematian pelajar sekolah agama, Allahyarham Wan Ahmad Faris bin Wan Abdul Rahman pada tahun 2013. Makna 12 tahun yang lalu di Tahfiz Kok Lanas, Kelantan. Inkues dilaksanakan tahun 2016, keputusan koroner pada tahun 2025 pada tahun ini yang menyatakan kematian disebabkan oleh pembunuhan oleh individu tidak dikenali. Kes ini telah melampaui limit masa pendakwaan yang dibenarkan, sebab lebih daripada 12 tahun. So, minta tanya kepada Menteri. Apakah kerajaan akan mengecualikan limit masa pendakwaan ini bagi memberikan kebenaran dan keadilan kepada allahyarham?
2025-08-13 | Dan Johor Bahru akan menerima RTS, Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System pada 2026. Ini akan menyebabkan warga Singapura mungkin akan berpindah ke Johor Bahru. Dengan itu, rumah-rumah di Johor Bahru ini akan menjadi lebih mahal daripada kadar yang biasa. Jadi, di situ akan memberi tekanan, khususnya kepada kakitangan awam untuk memiliki rumah. Khususnya juga adalah kakitangan kesihatan di Johor Bahru, HHA, HSI, Setia Permai dan sebagainya. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
2025-08-12 | minta Menteri Kesihatan menyatakan, kerana terdapat banyak aduan di hospital swasta berhubung kos rawatan yang tinggi: (a) apakah rancangan lima tahun kerajaan untuk memperkenalkan sistem Diagnostics-Related Groups (DRG) sebagai langkah untuk menyelaraskan penstrukturan kos kesihatan; dan (b) apakah ada rancangan Kerajaan mewujudkan tribunal pesakit untuk mereka meluahkan ketidakpuashatian mereka.
2025-08-12 | Yang keduanya dari segi kita tengok beberapa negara, Australia, Singapura, Jerman ini mereka melaksanakan berfasa. Fasanya dibuat kepada pihak kerajaan dahulu. Selepas itu baru kepada swasta. Jadi, di peringkat kerajaan ada Rakan KKM. So, Rakan KKM ini akan melibatkan pihak luar juga, mungkin dia boleh dilaksanakan dulu di peringkat Rakan KKM. Lepas itu, bila dah berkesan baru kita laksanakan peringkat swasta pula. Bagaimana pandangan KKM?
2025-07-31 | Banyak naratif diberikan seolah-olahnya kenaikan harga barang ini menaikkan membebankan rakyat, soalan ini seolah-olahnya SST dan juga tarif elektrik ini membebankan rakyat, tetapi kalau kita lihat, umpamanya dari segi inflasi kita 1.8, 2024 pasar raya penuh, jalan raya jammed, kedai-kedai makan semua penuh. Soalannya, apakah benar sebenarnya kenaikan-kenaikan ini membebankan rakyat sedangkan kita lihat apa yang berlaku itu sebaliknya.
2025-07-30 | Dan juga dari segi jaminan bekalan domestik ketika eksport ini dilaksanakan, seksyen 22D membenarkan pelesenan eksport dan import elektrik namun tiada perincian dalam RUU ini mengenai kuota eksport maksimum keutamaan kepada bekalan domestik dan mekanisme perlindungan penggunaan domestik ketika berlaku tekanan grid nasional.
2025-07-30 | Dan beberapa persoalan juga dilontarkan untuk PETRA dari segi siapakah yang akan mendapat lesen untuk eksport tenaga ini. Adakah lesen eksport ini akan hanya diberi kepada syarikat besar seperti TNB ataupun kerajaan akan buka ruang kepada GLC negeri, koperasi, tenaga, pusat komuniti ataupun pelabur-pelabur kecil ini? Apakah dia juga diberi ruang yang sama?
2025-07-30 | Bagaimanakah kerajaan akan menjamin bahawa eksport RE ini tidak dimanipulasi melalui greenwashing? Adakah sistem audit bebas akan diwujudkan untuk memastikan ketelusan program ini?
2025-07-30 | Persoalannya adalah apakah jaminan tegas daripada kerajaan bahawa pertumbuhan pusat data dan eksport elektrik tidak akan menyebabkan rakyat biasa khususnya pengguna domestik dan industri kecil berdepan dengan gangguan bekalan dan lonjakan tarif di masa yang akan datang.
2025-07-30 | Contohnya, jika berlakunya cuaca yang panas, El Nino ataupun mungkin berlakunya bencana alam, permintaan domestik meningkat mendadak. Jika eksport diteruskan tanpa kawalan, berisiko berlakunya gangguan elektrik di sektor kritikal seperti hospital, sekolah, loji dan sebagainya. Jadi, adakah lesen eksport ini akan disertakan dengan syarat had eksport berdasarkan lebihan bekalan sebenar? Adakah sistem amaran awal atau pelan pemulihan bekalan domestik akan disediakan?
2025-07-23 | Apakah ada usaha untuk mengurangkan lagi supaya maknanya kita keluarkan untuk yang memerlukan sahaja?
2025-07-23 | saya juga mencadangkan supaya diwujudkan sistem tracking number ini. Tracking number ini bila berada pada pembungkus itu, pada bekas minyak itu, kita boleh kesan di mana datangnya minyak ini. Daripada pemborong mana, daripada peruncit mana, daripada kilang mana, kita akan kenal pasti. Saya pernah ada pengalaman dengan Timbalan Menteri KPDN masa itu, apabila kami pergi ke lawatan di Thailand, Selatan Thailand. Di Selatan Thailand, minyak kita ada depan kita masa itu. Maknanya, minyak kita telah diseludup pergi ke luar negara. Dan kita pun tak tahu daripada mana datangnya minyak itu kerana kita tak ada sistem tracking ini. Maka, Pulai mencadangkan supaya kaedah yang lebih sistematik ini perlu diwujudkan untuk memudahkan kita mengesan setiap subsidi yang kita keluarkan kepada rakyat kita agar benar-benar subsidi itu sampai kepada sasaran.
2025-07-22 | bagaimana kita nak mengenakan tindakan khidmat masyarakat kepada seseorang individu, tiba-tiba tempat di mana mereka berada itu ataupun kawasan persekitaran itu bermasalah?
2025-07-22 | Pulai mencadangkan supaya ada khidmat bimbingan kepada pesalah ini, ataupun juga khidmat kaunseling untuk pesalah ini, supaya dia benar-benar faham mengapa dia dikenakan tindakan dan apa kesan kepada negara supaya dia tidak berlakunya keadaan di mana dia tidak faham dan dia akan membantah hukuman-hukuman yang dikenakan kepada mereka ini.
2025-07-22 | Jadi, sekarang ini dia telah lama dilaksanakan tapi semacam masih lagi tidak berkesan. Apa sebenarnya masalah pelaksanaan Wolbachia ini Menteri
2025-07-22 | Bagaimana kita nak melatih mereka untuk kebersihan sedangkan sampah di situ tidak dikutip, sebagai contoh, tidak diuruskan dengan baik? Bagaimana kita nak memberi penekanan kepada mereka sedangkan tugas ini tidak dilaksanakan dengan jayanya?
2025-07-22 | Jadi, bagaimana kita nak terus mendidik dalam keadaan dia tidak rasa ini satu bebanan?
2025-03-03 | minta Menteri Kesihatan menyatakan maklumat
berkaitan jururawat:
(a) berapa jumlah yang telah berhenti daripada KKM dan alasannya;
dan
(b) jumlah diperlukan di semua fasiliti kesihatan lama dan baru
(mengikut bebanan kerja, bukan jumlah post), berapa peratus yang
telah diisi mengikut pecahan institusi dan bagaimana mengatasinya.
2025-03-03 | apa usaha-usaha untuk memperbaiki
persekitaran kerja jururawat ini? Apakah tarikan kebajikan untuk menarik mereka untuk
bekerja di bidang ini? Maksud saya, apa inisiatif kebajikan yang kita boleh berikan kepada
mereka?
2025-02-25 | Point saya adalah, pertamanya adalah bagus, kita sudah tambah, tapi rasa
saya pun tidak cukup sebab yang diperlukan ini 9,000 difahamkan. Keduanya,
persekitarannya itu bagaimana Menteri? Apakah kita ada strategi untuk memperbaiki
persekitaran kerja para jururawat ini?
2025-02-19 | Soalan saya begini. Ramai yang datang kepada kita di pusat khidmat ini, yang berkata bahawa dia dah mohon tetapi tak dapat ataupun lambat dan sebagainyalah ya. Boleh beri kepada kita, berapa— apakah faktor-faktor kegagalan permohonan ini dan berapa peratus yang gagal dalam permohonan ini?
2025-02-17 | Okey, dalam AI ini sebenarnya, content AI dalam bahasa Malaysia ini, kalau ikut daripada data yang kita ada, pada tahun 2025, hanya ada 0.12 peratus sahaja berbanding dengan content dalam bahasa Inggeris sebanyak 49.2 peratus. Setujukah Tanjong Piai kalau kita perlu memberikan fokus untuk menambah content bahasa Melayu dalam AI ini?
2025-02-17 | Pertamanya, KKM perlu segera mengumumkan keputusan lantikan tetap bagi pegawai perubatan yang sudah lama menunggu. Apa yang lebih mengecewakan sehingga kini, sistem pemarkahan untuk lantikan tetap masih tidak didedahkan. Mengapa begitu lambat? Adakah terdapat sesuatu yang ingin disorokkan? Jika tiada, maka dedahkanlah sistem pemarkahan ini supaya setiap pegawai perubatan boleh memahami bagaimana mereka dinilai.
2025-02-06 | Apa yang berlaku pada waktu ini kan, jika diberi satu peraturan di mana hanya syarikat-syarikat swasta sahaja yang boleh menguruskan beras-beras import dan beras-beras tempatan ini dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Apakah ini satu mekanisme yang berkesan untuk memastikan bahawa beras tempatan itu ada dalam pasaran?
2025-02-04 | Apabila sebuah klinik di Pulai memohon sumbangan dari Pusat Khidmat untuk menyediakan mesin ultrasound ini. Ini penting, tetapi macam mana pula dia minta dengan Pusat Khidmat? Sepatutnya dia dikendalikan oleh KKM sendiri untuk keperluan ibu dan anak ini, tetapi sampai nak minta ke Pusat Khidmat, itu maksudnya tidak ada satu peruntukan yang khas. Minta dan mohon komen sikit.
2025-02-04 | Apakah Yang Berhormat boleh bersetuju dengan pandangan bahawa kita boleh beri ruang untuk pemilikan rumah melalui rumah PPR dengan kaedah sewa beli? Dulu saya nampak ada cadangan itu tapi sekarang ini saya tak berapa jelas dari segi itu. Apakah Yang Berhormat boleh bersetuju kalau kita boleh beri ruang jual rumah secara sewa beli kepada rakyat yang memerlukan di rumah PPR ini?
2025-02-04 | Soalan saya setakat mana komuniti masyarakat dan pemimpin-pemimpin tempatan ini telah
dilibatkan dalam usaha sinergi yang dibuat oleh kementerian bagi memastikan bahawa
keciciran ini dapat terus diturunkan pada masa akan datang.
2024-12-11 | Namun, kita perlu bertanya, apakah agensi penguat kuasa seperti Bank Negara mempunyai sumber manusia dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan peraturan baru ini jika kita hanya menetapkan peraturan tanpa memastikan keupayaan melaksanakan dengan berkesan?
2024-12-11 | Namun, walaupun individu yang hartanya disita mungkin mampu membeli barang keperluan asas, bagaimana pula dengan keselesaan mereka selama 18 bulan jika mereka tidak bersalah? Bagaimana kerajaan mahu menggantikan keselesaan ini, ketenangan dan kehidupan yang terjejas akibat daripada keputusan yang tidak adil?
2024-12-11 | Namun, apakah jaminan kerajaan bahawa entiti kecil seperti firma guaman dan syarikat setiausaha tidak akan terjejas dengan kos pematuhan ini?
2024-12-10 | Jadi, sistem yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, DRGs pun baru lagi hendak dicadangkan. Belum lagi dilaksanakan. Maknanya kita tidak ada standard lagi bayaran itu. Jadi, sekarang ini ada desakan untuk kenaikan itu. Rakyat pula rasa terbeban dengan perkara ini. Jadi, sekarang ini apakah langkah jangka pendek untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak membebankan rakyat di luar sana?
2024-12-10 | minta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 peratus hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6 peratus tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus.
2024-12-09 | Persoalannya adalah bagaimana suruhanjaya ini akan memastikan setiap pemegang lesen mematuhi piawaian ini tanpa membebankan mereka dengan birokrasi tambahan? Juga, apakah suruhanjaya mempunyai sumber dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan tugas audit yang meluas ini?
2024-12-09 | Persoalan yang Pulai nak bangkitkan adalah bagaimana memastikan CEO ini dapat melaksanakan tugas secara bebas tanpa pengaruh politik atau tekanan daripada pihak-pihak tertentu? Persoalan kedua, adakah pengasingan ini mampu memperbaiki kecekapan pentadbiran atau mewujudkan masalah organisasi di antara CEO dan juga pengerusi?
2024-12-05 | Jadi soalan saya sekarang ini, bagaimana kita nak mengelakkan perkara ini berulang lagi sebab pembangunan di muara dan pembangunan di sekitar itu tak boleh dielak? Jadi kita khuatir nanti lima tahun ke 10 tahun akan datang, terpaksa minta balik peruntukan daripada Federal. Jadi bagaimana kita nak memastikan bahawa sungai itu dapat hidup dengan baik dengan lancar tanpa gangguan-gangguan yang atas sebab pembangunan itu?
2024-12-05 | minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan rancangan kementerian mengatasi masalah kecetekan Sungai Skudai yang lama tidak digali kesan daripada pembangunan yang telah menyebabkan banjir di hulu sungai dan terdapat mendapan tanah di jeti Pasukan Polis Marin Johor yang menjejaskan operasi polis serta nelayan tempatan.
2024-12-03 | Soalannya, apakah kerajaan akan mengkaji semula lesen pinjaman wang di bawah KPKT? Bagaimana kerajaan boleh menoktahkan isu scam dan juga manipulasi dalam pentadbiran di dalam bank ini?
2024-12-03 | minta Perdana Menteri menyatakan punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap: (i) 361 kes disyaki terbabit dalam jenayah pinjaman wang tidak berlesen dalam tempoh 9 hari bermula 4 November 2024; dan (ii) jenayah penipuan kewangan (financial scam) secara dalam talian atau secara bersemuka.
2024-11-28 | Soalan saya adalah kita hendak pastikan bahawa tenaga-tenaga tempatan ini dapat berada di zon ekonomi ini. Soalan saya, apakah kita ada persediaan itu?
2024-11-28 | minta Menteri Ekonomi menyatakan, perkembangan terkini pelaburan di JSSEZ- Johor-Singapura Special Economic Zone yang akan memeterai perjanjian pada Disember 2024 dan apakah sektor ekonomi rakyat yang mendapat limpahan daripada pembangunan ini.
2024-11-27 | Jadi, apa langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Sebab
kebimbangan kita bila disekat mungkin eksport kita akan jadi kurang dan menyebabkan
terjejas pekerja-pekerja kita dan sebagainya. So, apa langkah-langkah kerajaan untuk
menghadapi suasana ini?
2024-11-27 | minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah
yang diperoleh hasil daripada lawatan YAB Perdana Menteri ke India serta Rusia, apakah
perkembangan keahlian Malaysia dalam BRICS dan apakah kesan kepada hubungan
Malaysia dengan negara G7 setelah permohonan Malaysia dalam BRICS.
2024-11-26 | bagaimana
pelaksanaan ini boleh dilaksanakan untuk menjayakan agenda negara kita ini sihat dan rakyat
kita semua sihat daripada penyakit-penyakit yang kita hadapi.
2024-11-26 | Apakah rancangan CCMS ini telah dilaksanakan dengan jayanya? Begitu juga
dengan Dental Information System (DIS) ini projek rintis di 14 Klinik Pergigian ini apakah telah
dilaksanakan?
2024-11-26 | minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah usaha kementerian memperkasa COB dan PBT agar menjadi badan yang berkesan seperti HDB dan URA di Singapura memandangkan terlalu banyak masalah pengurusan perumahan terutamanya rumah pangsa kos rendah seperti MC tidak berfungsi, penyelenggaraan lemah, komuniti bermasalah dan infrastruktur rosak. Soalan saya adalah apakah kerajaan bersedia untuk ambil alih pengurusan rumah
strata ataupun pangsapuri kos rendah ini? Dan apakah akan dibentuk satu budaya MADANI
ini dan bila akan dilaksanakan?
2024-11-26 | Sikit teguran kepada satu projek menaik taraf bekalan utama elektrik sistem electrical
dan mekanikal, jumlahnya RM140 juta. Ianya berlaku pada tahun 2016, sudah lapan tahun
daripada sekarang, tapi belum siap lagi. Maknanya, sudah lapan tahun, sekarang ini baharu
54 peratus saja Menteri. Jadi, apa masalahnya kerana sudah lama projek ini, tapi masalah
ini berlaku, tapi belum lagi dapat dijayakan
2024-11-25 | Soalan Pulai, ini contohnya adalah di Johor, di Majlis Bandaraya dan Perbandaran,
10,000 per ekar bayaran wang sumbangan perparitan. Majlis Daerah, RM5,000 per ekar.
Soalan Pulai adalah dalam PETRA merangka butiran ini, apakah mengambil kira wang
sumbangan perparitan yang ada pada PTG di setiap negeri ini?
2024-11-25 | Masalah ini dah terlalu lama dan complain dah terlalu banyak. Apakah ada tempoh yang diberikan oleh kementerian untuk memastikan bahawa sistem ini benar-benar berfungsi dengan baik dan mungkin kalau dia tidak berfungsi, kita terminate dia daripada sistem yang kita ada ini?
2024-11-25 | Soalan saya adalah apakah dalam Butiran 16700 ini diperuntukkan
penyelenggaraan Sungai Skudai ini?
2024-11-12 | Kalau KKM boleh mengenakan, kerajaan boleh mengenakan 40 sen bagi minuman air satu liter, makna kita tak bagi rakyat ini makan makanan yang tak sihat. Tapi, bagaimana pula rakyat nak makan makanan sihat? Apa inisiatif yang kita bagi?
2024-11-12 | Jadi, setakat mana sekarang ini KKM berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan nilai-nilai pembelajaran makanan yang sihat ini di peringkat sekolah? Satu. Yang keduanya, makanan-makanan yang sihat ini biasanya mahal sebenarnya. So, biasanya kalau rakyat biasa, tidak mampu untuk membeli makanan yang segar, sebagai contohnya. Jadi, bagaimana kita boleh memberikan tawaran makanan-makanan sihat yang lebih murah?
2024-11-12 | minta Menteri Ekonomi menyatakan mekanisme penggunaan kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95 yang terdedah kepada masalah kerosakan cip kad pengenalan, capaian internet perlahan luar bandar, penipuan kelayakan, tambahan kos sistem pengesahan dan melambatkan proses pembelian minyak.
2024-11-12 | Jadi, levi petrol itu saya rasa ia lebih mudah kerana tidak menyebabkan perubahan kepada kaedah itu. Tidak perlu buat carian, tidak perlu menambahkan kos dan sebagainya. Jadi soalan saya, apakah pandangan Menteri untuk perkara ini?
2024-11-11 | Jadi soalan saya, setakat mana inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan bahawa maklumat-maklumat yang benar dan sahih ini dimasukkan dalam lingkungan mereka ini.
2024-10-24 | Jadi soalan saya, apa garis pemisah di antara kebebasan intelektual dengan ruang manipulasi yang mungkin diambil?
2024-10-23 | minta Menteri Luar Negeri menyatakan cadangan penyelesaian ketegangan di Laut China Selatan di antara China dengan Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei serta Taiwan dan apakah Malaysia boleh menjadi pemudah cara untuk menyelesaikan pertikaian ini.
2024-10-23 | Memandangkan Perdana Menteri telah menjadi Pengerusi ASEAN ini, apakah masalah pertikaian ini akan dimuktamadkan atau dibincangkan secara serius di dalam persidangan ASEAN untuk mendapatkan keputusan yang terbaik?
2024-10-21 | Soalan saya sekarang ini, apakah kita perlu mendapat persetujuan keseluruhan pemilik atau bagaimana? Bagaimanakah kita hendak menyesuaikan dengan mereka yang mungkin akan membantah projek tersebut bagi kita bangunkan perumahan yang baru?
2024-10-17 | Saya menyambung sikit apa yang disebut oleh Pokok Sena tadi daripada segi penerangan dan sebagainya. Polemik RUU 355 ini dah lama berlaku dan banyak masalah ada di sana. Saya nak tanya satu soalan berkenaan advokasi terhadap yang non-muslim ini. Mungkin mereka juga nak melihat penerangan tentang RUU 355 ini. So, saya nak dapat penjelasan setakat mana advokasi itu telah dijalankan.
2024-10-16 | Soalan saya adalah apakah pendekatan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ini telah dilaksanakan di tempat lain untuk memastikan pelajar-pelajar ini tidak tercicir.
2024-07-17 | Jadi bagaimana national health fund ini boleh membantu untuk mempersiapkan negara kita menghadapi ancaman AMR ini?
2024-07-17 | minta Menteri Kesihatan menyatakan, rancangan kementerian untuk mewujudkan National Health Financing bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat dan apakah cabaran yang dihadapi.
2024-07-11 | Semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, ada satu pembentangan yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar yang mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan dasar peluang saksama dalam kongres tersebut. Satu polisi yang progresif......Untuk meningkatkan ekonomi bumiputera. So apa langkah-langkah ataupun pandangan kerajaan terhadap cadangan ini?
2024-07-04 | Kalau di PBT Johor Bahru umpamanya, dia ada tiga Parlimen itu ya. So, macam mana agihan bagi setiap Parlimen untuk MyKiosk ini? Bagaimana inisiatif MyKiosk ini dapat membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat?
2024-06-26 | Kenapa Kelantan itu banyak sangat masalah berkaitan dengan air berbanding dengan Terengganu yang duduk di Pantai Timur juga?
2024-06-26 | Saya mohon pihak kementerian mengeluarkan statistik terkini berkaitan dengan aduan dan laporan terhadap syarikat penerbangan ini supaya dapat dinilai perkhidmatan MAVCOM ini. Apakah peratus aduan yang berjaya diselesaikan dan berapa peratus yang belum diselesaikan?
2024-03-25 | Kalau kita lihat penjualan minyak paket contohnya ya untuk halau warga asing, sukar juga kita nak halang itu sebab peruncit mahu menyegerakan stok itu habis dengan segerakan. Bila dia datang, susah juga dia nak tolak benda itu ya. Jadi mengikut maklumat kita ini, berapa jangkaan subsidi ini yang telah terlepas kepada warga asing?
2024-03-25 | minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah peraturan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan semua subsidi minyak masak, petrol, telur dan lain-lain tidak dinikmati oleh bukan warganegara Malaysia.
2024-03-21 | Seterusnya lagi, seksyen 26 ini, tentang sekatan jalan raya yang telah dendanya ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM2,000...Ada dua orang anggota polis yang membuat sekatan di tepi jalan raya, yang jalan itu pun taklah jalan yang rasmi. Apakah ini juga termasuk di dalam sekatan pihak polis yang dimaksudkan oleh pindaan ini?
2024-03-21 | Pulai juga ingin menyentuh seksyen 21 berkenaan dengan menaikkan denda maksimum semasa halangan. Halangan semasa mengiringi― pihak polis mengadakan iringan terhadap pihak-pihak tertentu. Pulai ingin bertanya, apakah mengiringi ini boleh dilaksanakan kepada anggota-anggota ataupun mereka yang terlibat dengan demonstrasi?
2024-03-21 | Kalau ada sekatan pihak polis yang menggunakan patrol car itu– macam tak proper itu, apakah kita boleh abaikan saja sekatan itu sebenarnya? Sebab dia tak memenuhi peraturan tadi.
2024-03-21 | Seterusnya, dalam seksyen 74A, di mana anggota pegawai berpangkat rendah seperti sarjan ini boleh menyiasat kes-kes yang melibatkan kesalahan disiplin ini. Jika pegawai rendah ini boleh menyiasat, apakah dia boleh menyiasat pegawai-pegawai atasan polis ini? Jikalau ini berlaku, tentulah berlakunya kesukaran untuk mendapatkan keadilan. Contohnya, kalau sarjan itu adalah junior kepada pegawai atasan, apakah dia boleh membuat siasatan? Di sini, apakah panduan-panduan yang diberikan untuk mempastikan keadilan terhadap penyiasatan itu?
2024-03-21 | Biasanya pihak polis akan mengiringi tokoh-tokoh tertentu, pemimpin-pemimpin yang tertentu ya yang dilaksanakan pada masa mereka bergerak di jalan raya itu. Apakah pihak polis ini sebenarnya boleh mengiringi anggota ataupun peserta-peserta demonstrasi sepertimana yang berada di luar negara? Demonstrasi yang ada pada waktu ini biasanya diiringi oleh anggota-anggota keselamatan pihak yang berdemonstrasi tersebut. Tapi, apakah boleh dalam negara kita ini, pihak polis mengiringi mereka yang terlibat dengan demonstrasi ini? Mengawal keselamatan mereka sepertimana yang berlaku di luar negara.
2024-03-18 | Kalau dana itu daripada dana asing yang tujuannya untuk menghancurkan negara kita melalui persatuan mahasiswa ini, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah itu?
2024-03-18 | Bagi Seksyen 15A, (ii) (4A) “Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP”. Maksudnya pimpinan MPP ataupun MPP organisasi dimaksudkan di situ– yang boleh dikurangkan atau dilanjutkan itu? Minta mohon penjelasan Menteri.
2024-03-07 | Apakah ada kaedah mekanisme yang bersesuaian supaya cashier itu boleh terus bekerja tanpa dia deliver minuman arak itu?
2024-03-06 | Soalan saya, daripada segi kepakaran tempatan ini, setakat mana kita sudah ada kepakaran tempatan untuk ekstrak perkara ini?
2024-02-28 | Kalau ia boleh ditanam di rumah untuk menghasilkan tiga kilo dalam tempoh enam bulan, tentunya suri rumah boleh juga menanam tanaman bawang ini di rumah tanpa dia membeli di pasar raya dan sebagainya. Dan ia boleh lagi mengurangkan import bawang di negara kita ini. Mohon pandangan daripada Menteri.
2024-02-27 | Dalam isu yang berkaitan dengan Khawarij ini, apa yang disebut oleh Shah Alam tadi ia berlaku di banyak tempat ataupun di banyak platform. Jadi, apakah punca yang menyebabkan pemikiran takfiri ini berlaku dalam negara kita ini sedangkan negara kita ini adalah sebuah negara yang berbilang agama, berbilang bangsa dan menekankan wasatiyyah, iaitu kesederhanaan atau sederhana dalam tindak tanduk kita, tetapi bagaimana aliran pemikiran ini boleh berkembang?
2024-02-27 | Bila 16 Perkara yang dibatalkan di dalam Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan itu, digambarkan bahawa Islam itu sudah terancam. Kuasa kerajaan negeri itu telah dikurangkan...Dahulu boleh digubal 16 Perkara ini, tetapi sekarang tidak boleh. Itulah gambaran bahawa kuasa negeri itu semakin berkurang, Islam itu sudah jadi terancam. Saya minta pandangan Shah Alam bagi menjawab isu ini?
2024-02-27 | minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah penipuan scammer atas talian yang semakin berleluasa dan apakah bentuk bantuan serta pembelaan yang boleh diberi kepada mangsa-mangsa penipuan ini. Contohnya bila kita dihubungi berkenaan dengan pinjaman kereta umpamanya, dia ada maklumat tentang maklumat daripada mangsa ini. Jadi, seolah-olahnya data kita ini terdedah kepada publik. Kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, tapi bagaimana seolah-olahnya scammer ini mempunyai maklumat kita dan mereka menggunakan maklumat itu untuk menipu kita. Apakah rancangan ataupun planning kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?
2023-11-29 | Saya mencadangkan, saya melihat ada beberapa sekolah yang telah melaksanakan proses ini iaitu mereka melaksanakan pendemokrasian di peringkat sekolah ini. Melantik pimpinan-pimpinan di peringkat sekolah ini melalui pemilihan. Ada pilihan raya di peringkat sekolah dan sebagainya untuk mereka lebih matang dari segi politik ini. Mereka telah dididik dengan demokrasi ini daripada peringkat sekolah lagi. Apa pandangan Timbalan Menteri?
2023-11-28 | Bagaimana pula dengan situasi di mana syarikat itu sendiri menjalankan aktiviti yang tidak nampak seperti melanggar undang-undang tetapi sebenarnya melanggar dalam pelbagai peraturan iaitu perundangan seperti perolehan tender kerajaan ataupun menjalankan aktiviti yang bersifat anti persaingan? Adakah rang undang-undang ini boleh membantu kerajaan untuk menghapuskan isuisu serius seperti kes ali baba, kartel dan syarikat-syarikat yang bersekongkol untuk mendapatkan tender-tender kerajaan. Penjenayah kolar putih akan sentiasa mencari helah untuk mengelak diambil tindakan. Soalan saya, bagaimana KPDN, SSM dapat memastikan semua pihak yang berkaitan akan mematuhi ataupun melaporkan maklumat pemunya benefisial kepada KPDN atau SSM dengan tepat?
2023-11-28 | So, soalan saya, setakat mana kajian-kajian dibuat universiti ini membantu untuk mempertingkatkan lagi kualiti ꟷ dalam konteks keterjaminan makanan itu, setakat mana membantu dan juga dari segi ekonomi dalam negara kita ini?
2023-11-28 | Pulai faham bahawa keperluan penzahiran ini adalah selari dengan piawaian antarabangsa namun begitu, adakah kedudukan Malaysia sangat terdedah dengan aktiviti penggubalan wang haram ini dan pembiayaan keganasan sehingga perlunya penzahiran ini dibuat?
2023-11-23 | Selepas daripada COVID-19 itu, pasca COVID-19 ini, nature perniagaan itu bezanya dah berubah ya. Maknanya perniagaan selepas daripada COVID-19 ini lebih kepada berbentuk online dan sebagainya. So, soalan saya sekarang ini, apakah usahawan-usahawan ini telah dilatih dengan kaedah baharu ini selepas daripada COVID-19 ini, pasca COVID-19 ini. Apakah pendekatanpendekatan baharu yang telah dilaksanakan menyesuaikan dengan keadaan semasa ini?
2023-11-22 | Apakah kerajaan ada rancangan dan bagaimana ia dapat dilaksanakan untuk mengeksport padi ini ke luar negara?
2023-11-21 | jika Mahkamah Persekutuan memutuskan ada pelanggaran ini ataupun melangkaui bidang tugas ini, bidang kuasa ini, apa terjadi terhadap kes-kes yang pernah diputuskan sebelum ini, yang berada di bawah enakmen ini, yang sebelum ini telah diputuskan bagaimana benda ini akan diuruskan.
2023-11-21 | apakah pelan dan tindakan KBS bersama kerajaan tempatan dan negeri agar kemudahan sukan ini dibina dan dapat diselenggarakan dengan baik.
2023-11-21 | berapakah pecahan untuk tabung-tabung yang saya sebutkan tadi dan adakah tabung ini mendapat sambutan daripada belia seluruh negara untuk menceburi bidang perniagaan dan pertanian?
2023-11-14 | Maknanya kalau ada penyelewangan ini, paten ni kita dapat kesan. Mungkin tidak cepat tapi mungkin dalam tempoh tertentu, kita akan dapat kesan berdasarkan kepada paten ini, di manakah penyelewengan itu berlaku. Saya juga nak dapatkan satu pandangan, bagaimana peniaga-peniaga kecil ini ya? Peniaga-peniaga kecil ini dia tak mampu untuk menggunakan minyak tanpa subsidi.
2023-11-14 | Cuma, saya nak bertanya tentang Program Kad Menu Mesra yang baru dilancarkan baru-baru ini yang sangat tepat masanya. Saya nak tahu, berapakah banyak kad dan berapa ramai pengusaha yang telah menyertai Kad Menu Rahmah ini ya?
2023-11-14 | Berkenaan dengan program khusus bertugas di luar negara ini. Saya minta dijelaskan secara terperinci, kenapa berlakunya peningkatan 66 peratus ataupun RM1 juta? Apakah KPI yang ditetapkan? Supaya setiap lawatan atau kursus yang dihadiri benar-benar memberikan manfaat kepada negara dan kementerian.
2023-11-09 | Yang keduanya adalah saya difahamkan juga ada skim TEKUN untuk orang OKU. Setakat mana ia telah membantu OKU untuk membuat pinjaman perniagaan ini?
2023-11-09 | Kalau kita lihat TEKUN ini, syarat-syarat yang dikenakan itu tidaklah seketat apa yang diberikan atau ditetapkan oleh bank untuk membuat pinjaman ini. Tetapi, kenapa masih lagi sebahagian masyarakat itu berminat untuk membuat pinjaman along contohnya? Saya difahamkan ada 300,000 terlibat dengan pinjaman along ini. Apakah kita tidak boleh bersaing dengan perkhidmatan yang dibuat oleh along ini?
2023-11-07 | Bagi Butiran 030600 bagi Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia ataupun IMPAC yang telah melatih purata 7,800 golongan belia di bawah enam agensi setiap tahun, pertanyaan Pulai, apakah sumbangan alumni IMPAC mencapai matlamat yang digariskan terutamanya mencapai kemajuan ke dalam industri komoditi?
2023-11-07 | Apakah rancangan peningkatan pembangunan dan pengeluaran hasil koko bagi negara kita ini? Apakah kenaikan peruntukan Butiran 020000 Pembangunan Agrikomoditi untuk menarik minat golongan belia dan juga golongan profesional muda untuk terlibat secara langsung dalam sektor ini?
2023-11-07 | Berkaitan dengan Butiran 020200 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Apakah hasil terkini di pihak kementerian yang pernah menyatakan rancangan untuk memajukan sektor kenaf ini untuk menjadi sebahagian daripada salah satu daripada bahan binaan dalam negara kita ini? Terdapat pengurangan kawasan-kawasan tanaman kenaf ini dan juga kurang minat di kalangan peladang untuk menceburi bidang ini dan peruntukan juga agak kecil dibandingkan dengan yang lain. Apakah sebenarnya gambaran sebenar tanaman kenaf di negara kita ini?
2023-11-07 | Adakah akan melibatkan semua sektor, atau kementerian yang akan memilih beberapa sektor sebagai rintis pada tahun 2024? Jika dilihat pada peruntukan Butiran 94000 Projek Berimpak Tinggi Industri Utama, penurunan sebanyak 60 peratus. Apakah justifikasi kementerian dan kerajaan terhadap penarikan dana yang agak besar ini? Adakah ia akan memberi impak kepada usaha pemaju dan meningkatkan kemampaman sektor agrikomoditi selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2023?
2023-11-07 | Seterusnya, Pulai mohon pihak kementerian memperincikan bagi setiap negara yang akan kita fokus berkaitan usaha menangani Kempen Anti Sawit seperti Butiran 030300Menangani Kempen Anti Sawit yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan jelaskan apakah kenaikan ini akan membantu usaha untuk menjamin masa depan minyak sawit negara?
2023-11-01 | So, pertanyaan saya, adakah ada sudah dirangka barangkali bagaimana ingin mengelakkan ketirisan ini ataupun minyak paket ini mungkin ada mekanisme tertentu untuk mengelakkan penyeludupan itu ke luar negara?
2023-11-01 | Adakah ada penafian untuk mereka mendapatkan pendidikan dan kalau setelah masuk ke dalam institusi JKM ini, apakah jaminan bahawa anak-anak yang tanpa dokumen ini memperolehi dokumen yang diperlukan?
2023-10-31 | minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan lawatan kerja ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir berhubungan dengan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. Apakah bentuk ancaman yang diterima oleh Malaysia daripada negara-negara Barat yang menyokong Israel susulan atas pendirian Malaysia terhadap Palestin dan apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh Malaysia bagi menghadapi segala ancaman ini supaya tidak memberi kesan besar terhadap rakyat dan ekonomi negara.
2023-10-31 | apakah ada lagi usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri untuk menyatukan sokongan-sokongan ini, terutamanya daripada negara-negara belah Europe, di mana di sebelah sana seperti Sepanyol dan juga Ireland juga memberikan sokongan, juga di sebelah Afrika yang juga memberi sokongan kepada rakyat Palestin.
2023-10-30 | apakah ada cadangan daripada KBS untuk membina litar-litar yang berkos sederhana, kecil tetapi selamat yang dibuat di peringkat negeri-negeri untuk bukan pertandingan yang besar tapi khusus untuk latihan saja?
2023-10-26 | minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh manakah ridership perkhidmatan KTMB Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands, Singapura telah pulih ke tahap sebelum Covid-19. Apakah kerajaan sedia berunding dengan Singapura untuk menambah kapasiti perkhidmatan daripada 36 trip dua hala kepada sekurang-kurangnya 50 trip demi memenuhi permintaan rakyat.
2023-10-26 | adakah KTMB Shuttle Tebrau ini akan terus beroperasi, setelah RTS nanti beroperasi pada tahun 2027?
2023-10-25 | Persoalan yang sering ditimbulkan adalah, adakah subsidi ini benar-benar sampai kepada sasarannya? Apakah 100 peratus gas LPG ini sampai ke sasarannya? Adakah 100 peratus minyak peket satu kilo ini sampai ke sasarannya? Adakah kita boleh mengeluarkan peratus pencapaian subsidi ini, jika kita sendiri pun tidak ada angka untuk disasarkan?
2023-10-19 | So apakah itu satu cadangan yang bersesuaian dengan Hospital Muar.
2023-10-18 | minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah rancangan kementerian untuk membangunkan belia seluruh negara memandangkan sebahagian mereka mempunyai pandangan berbeza dengan Kerajaan Madani.
2023-10-18 | Saya hendak tambah sikit soalan tambahan. Dari segi penyertaan, iaitu bagaimana ia dipilih peserta-peserta itu dan setakat mana dalam program yang dilaksanakan ini memberi— setakat mana keberkesanannya program tersebut yang telah dilaksanakan selama ini?
2023-10-09 | Seperti mana yang kita maklumi bahawa Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama ini adalah diilhamkan oleh Barat dan juga Bank Dunia. Soalan saya, apakah beza saranan Bank Dunia ini terhadap Ekonomi MADANI dan juga Dasar Wawasan Kemakmuran ini?
2023-09-19 | Keduanya saya difahamkan di Skudai ini akan ada satu hospital baru. Apa perkembangannya?
2023-09-19 | Tuan Yang di-Pertua, saya biasa mendengar di luar sana, kompelin berkenaan dengan TVET ini. Jadi, sebenarnya macam mana kayu ukur dibuat untuk mismatching itu antara keperluan industri dengan pembelajaran di peringkat sekolah, kolej dan sebagainya. Apakah ukuran dia itu untuk mengukur benda itu benar-benar memenuhi spec yang dikehendaki?
2023-09-19 | Ketiganya, saya di berada di Pontian satu masa dahulu, ada banyak isu hospital di Pontian ini. Ada apa-apa perkembangan tentang Hospital Pontian?
2023-09-19 | Ada isu di HSA yang difahamkan ada naik taraf di HSA. So, boleh dapat perkembangan sikit tentang HSA?